Assalamualaikum sahabat2,
macam mana Iman kita hari ini?
Tidak dinafikan Iman ana buat masa sekarang ini agak bergoncang tetapi Alhamdulillah ana akan tabah dan tidak putus asa bermujahadah.
Semoga Iman kita bertambah baik hari demi hari.
InsyaAllah
^___^
Okay, ana dapat tahu fenomena UiTM Lendu yang sedang dilanda perkara aneh buat masa ini menjadi isu hangat di facebook dan twitter.
Ini akan jadi post yang pendek je kerana ana ingin meluahkan pendapat ana,
bukan untuk kata ana ni hebat atau alim sangat tetapi post ini ditujukan buat sebagai peringatan buat ana yang amat lemah dan mudah lupa ini. InsyaAllah semoga bermanfaat :)
First things first, ana dengar beberapa sahabat ana mengadu dan merungut as in complaining dalam bahasa yang tidak elok tentang ANGIN KENCANG yang diKURNIAKAN ALLAH SWT.
Apa yang aneh sangat tentang angin ini?
Ada kena mengena ke tak sebenarnya angin ni dengan benda tu?
Apa yang rakan2 ana tak puas hati atau marah sangat tentang angin ini?
Perlu ke pertikaikan atau wujud perasaan tak puas hati tentang angin ni?
Apabila Allah kurniakan panas, kita merungut.
kemudian dikurniakan Angin mahupun hujan pun kita nak merungut.
Jangan lah macam ni,
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,
“Seandainya manusia mengetahui bahwa nikmat Allah yang ada dalam musibah itu tidak lain seperti halnya nikmat Allah yang ada dalam kesenangan, nescaya hati dan lisannya akan selalu sibuk untuk mensyukurinya.” (Syifaa`ul ‘Aliil: 525)
Wahai sahabat2 ku yang sentiasa disayangi Allah swt,
cuba kita fikir elok2 dan bersangka baik terhadap Allah swt.
Jangan fikir perkara2 yang aneh atau terlalu negatif terhadap sesuatu kejadian tetapi fikirlah setiap kejadian walaupun kecil itu ada hikmahnya.
Angin Kuat yang Allah kurniakan pada kita ini adalah nikmat dan bukti rahmat-Nya pada kita.
Cuba fikir macam ini, ketika kita sedang dilanda ketakukan buat masa ini dengan pelbagai kejadian aneh yang Allah tahu kita semua mampu tandingi, Allah kurniakan Angin yang kuat, cuaca yang sejuk dan indah supaya kita dapat mencari ketenangan dalam Nikmat dan Rahmat-Nya setelah apa yang kita dah lalui sepanjang kejadian ini. Allah swt is trying to Comfort Us All. HUSNUDZON Terhadap ALLAH SWT sahabat2 ^_^
'Benda' ini juga makhluk Allah swt, mungkin Allah berikan Ujian ini sebab itu cara Allah nak mengingatkan kita supaya tidak melampaui batas.
Allah amat sayang dan rindu pada kita, Dia tidak mahu kita lupa,leka dan alpa dengan dunia,
kerana itu Dia kurniakan ujian ini.
Melalui ujian ini, Allah ingin sampaikan rasa rindu-Nya pada kita.
Allah ingin kita sentiasa ingat pada-Nya bukan sahaja waktu kita mengalami kesusahan, tetapi juga dalam keadaan kesenangan. Tidakkah indah cara Allah ini?
Bukti Allah sentiasa bersama kita selama ini.
Tetapi kenapa kita terlalu melampaui batas?
Pergaulan kita perlu sentiasa dijaga, hiburan itu tidak salah tetapi ada batas2 nya ye dak?
kebersihan juga memainkan peranan penting baik lelaki mahupun perempuan.
Apa yang ana perasan, perempuan kalau masuk tandas/bilik air mesti nak ada lagu, lagha dengan nyanyian dan gelak tawa, tahukan kita tempat itu salah satu tempat dimana syaitan suka bersembunyi.
Fikir-fikirkan semula wahai sahabat2
Think Out Of The Box.
Berfikir luar dari kotak iaitu dengan sentiasa Bersangka Baik terhadap Allah.
Ingat, Usah takut dengan kejadian seperti ini,
Perkara yang amat penting setelah kita sudah baca surah yaasiin, al-mulk, al-kursi dan sentiasa berzikir,
kita perlu YAKIN dengan Allah swt.
Hasbunallah wa'nimal'wakil
"Cukuplah Allah sebagai Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung"
Yakin bahawa Allah sentiasa bersama kita.
InsyaAllah, tiada apa2 yang akan berlaku kalau kita tenang dan yakin dengan Allah.
Allah tidak pernah tinggal kita walau sesaat pun tetapi kita yang sering meninggalkan-Nya.
Allah :'(
Remember,
Just close your eyes and say "This is my journey, He puts me here, It's His plan, so I just have to carry on and Trust Him"
Alhamdulillah ya Allah.
Semoga antum semua dapat manfaat ya dari post ini,
maaf kalau antum nampak ana macam menunjuk atau berlagak,
tapi sugguh, ana tiada niat sebegitu kerana ana sendiri tujukan kata2 ini pada diri ana sendiri.
Asif sahabat2,
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan kesempurnaan itu sentiasa milik-Nya,
dan yang buruk lagi hina ini datangnya dari kelemahan dan kejahilan diri ana sendiri.
*ada post video Sami Yusuf- You Came To Me bawah tu, cuba hayati betul2 sambil rujuk lirik kalau kurang faham apa yang disebutkan oleh penyanyi ini. Allah, Indahnya Cinta Allah*
INGAT TAU,





















