Assalamualaikum
(kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayaaanngg)
^_^
As you remembered, i mentioned about telling you guys about what had happened to me for the last couple years dekat post yang bawah tuu, well, tak jadi laa sebab panjang sangat, forever tak abis taip.hehe
Okay, post ni saya nak bagitahu pasal 1 lagi kurniaan Allah swt yang bagi saya amat berharga, iaitu INSAN'S FAMILY :)
Apa Insan's Family tu?
apa ke siapa??
what? what? WHAT??!!
*okay terlebih excited,hehe*
Insan as known as Intellectual Student's Association
merupakan sebuah persatuan dakwah di UiTM, Lendu, Alor Gajah, Melaka.
diikuti dengan JPM (Jawatankuasa Penggerak Masjid) dan Inspirasi.
Ketiga-tiga nie merupakan persatuan dakwah di UiTM Lendu, saya join Insan dan JPM,
Usrah, explore race, kem, pertandingan itu ini..seronok, semua bertujuan untuk kita membina ukhuwah, meningkatkan lagi pengetahuan tentang Islam, dan mendekatkan lagi diri dengan Allah swt.
tapi saya paling aktif dalam Insan walaupun hakikatnya saya dekat UiTM nie tak lama,
Sem 1 dah nak abis, tinggal lagi satu sem je sebab saya Asasi.hmm
sebab tu muka saya bersepah dalam Insan, sebab saya nak peroleh banyak kenangan dengan sahabat2 saya.
okay lahh, let's proceed :)
Kenapa sahabat-sahabat Insan sangat bermakna dalam hidup saya?
Mesti sahabat2 Insan pun hairan,
"knp ye2 sangat syiqin nie??"
hihi
Ready nak baca karangan?
Joomm, *berbalooii baca, ready kan tisu skali,sedih ni*hihi
Saya sebenarnya takda kawan ^__^
Ada memang ada, tapi kawan macam tuu je laa,
Kebanyakkannya saya selalu bersendirian, bukan sebab apa, tapi entah laa,
Dulu, bagi saya tiada istilah best friend, sebab saya tahu friends come and go,
dan saya kawan dengan semua orang, kalau selalu berkepit dengan best friend,
nanti kalau ada problem dengan diorang, mula la kita sibuk2 nak pergi kat kawan yang selama ni kita tak pernah rapat pun, ye dak?
Apa pula orang kata, baik kita kawan je dengan semua. Pergi mana2 pun senang je,
kalau nak sorang2 pun okay jugak.
Tahun lepas , ada juga saya buat kesilapan tapi itu semua salah faham, boleh dikatakan bukan salah saya seorang je tapi salah kawan saya tu juga,
tapi disebabkan time tu saya dalam proses mengubah diri saya menjadi seorang yang ingin mendekatkan diri pada Allah, saya nak jaga persahabatan yag pernah terjalin, saya dah minta maaf kerana Allah swt,
nak buat macam mana, dia kata dia tak mampu nak maafkan saya,
dia salahkan saya kawan2 dia yang lain dah tak percayakan dia,
kalau ikut sifat saya yang jahil dulu2, dah lama saya ungkit apa yang dia pernah buat kat saya dan orang lain,
tapi alhamdulillah, saya bukan jenis orang macam itu, Allah beri saya kekuatan untuk bersabar dan hanya mampu doakan kesejahteraan dia.
Tengok sekarang, semua kawan perempuan saya masa tingkatan 4 & 5 dalam kelas saya, yang masa tu berjanji kata "xpe kin, kitorang tak berpihak kat sape2, manusia selalu buat silap, kitorang okay dan xkan lupakan kau" janji melayu :) tiada seorang pun contact saya, ada pun seorang dua je.
tak apa lah, Allah lebih mengetahui, saya tak sedih,
tak kisah pun, sebab saya ada keluarga saya yang sentiasa support saya :)
Nampak tak kelebihan bila praktik hidup berdikari dan sorang2? hehe
Masuk PLKN masa akhir tahun bulan 12,2011 pun macam tu juga, saya tak attach kan diri saya dengan particular group of friends,
tapi saya terkenang ada seorang sahabat ni, masa tu second day kat plkn, nak keluar beratur luar surau, dia orang pertama yang tegur saya bahawa kaki tu rupanya aurat,
saya terus pakai stokin for the next day dan alhamdulillah sampai sekarang saya pakai.
tapi lepas tu, tiada khabar berita tentang dia sebab dia keluar plkn awal sebab dia sambung belajar.
hmm, berdoa agar ditemukan semula dengan dia. InsyaAllah.
Bukan saya tak nak bergaul dengan kawan2 satu dorm, tapi saya bukan jenis yang suka berkumpul dan bercakap tentang orang lain, setiap malam, budak2 dalam dorm mesti berkumpul dan ada je topik nak cakap pasal orang itu ini.
Time jahil2 saya macam tu tapi makin lama makin kurang,
untuk elak dari join diorang, saya tidur like a boss.hee
Masa last day sebelum hari perpisahan, malam tu ada jamuan, semua menangis.
hmm,saya tak menangis, maaf sangat2 dan jangan salah anggap, bukan saya keras hati, tapi disebabkan pengalaman saya dulu2, saya tahu saya tak akan menjadi satu kenangan dalam ingatan sahabat2 di plkn tu.
sebab saya selalu menyendiri.
sedih kan?
Haa, kan betul, boleh kira lagi kawan plkn yang contact saya sekarang,
syafiq rokman, amin, moy, hafiz, dan yen.
Next!
Lepas saya interview untuk course Tesl, dan alhamdulillah ditawarkan untuk masuk UiTM Lendu,
saya agak hairan, result saya tak hebat mana pun, tiga A je, bm, bi dan science,
dan dalam ramai2 yang hebat tu, saya terpilih,
Saya pun fikir, mungkin rezeki ni, Allah permudahkan segala-galanya.bersyukur sangat :)
Masa minggu Destini Siswa tu, satu benda je yang menjadi pertanyaan,
macam mana nak tahu ada usrah??
Kawan plkn saya, syafiq rokman, dia yang cakap,
"kalau masuk U nanti, join la usrah"
Saya pun tak pernah tahu usrah tu macam mana, sebab saya bukan sekolah agama, masa sekolah rendah je la.hee tapi tahu laa yang usrah tu macam kita gather in a form of small group,
then kongsi topik yang dibincangkan time tu.
Lepas tu saya dapat tahu, ada persatuan dakwah dalam UiTM, saya pun semangat je pergi time Insan dan JPM buat meeting untuk pelajar baru.
First time pergi Usrah, agak segan sebab tengok kakak2 Insan semua nampak sopan dengan tudung labuh, dengan ilmu yang dibincangkan, subhanallah, hebatnya pengetahuan mereka.
Nak dibandingkan diri saya time tu, tudung pakai tudung bawal yang cuma labuhkan depan tu je, dengan perangai yang sempoi2 dan ilmu sangat sedikit ,cuma kongsi sekadar apa yang saya tahu.
Sahabat Insan pertama saya, ukhti Hawa Hussien, comel sangat, lemah lembut orangnya.
Lepas tu mula laa ada yang gelar saya kak Iman, mantan Insan yang dah tiada dekat UiTM Lendu.
Lagi2 akhi Anas, jumpa je saya, asyik2 "Kak Iman, kak Iman, kak Iman"
Tension je sebab sampai sekarang nak tengok sangat apa yang sama sangat saya dengan akak Iman.
Beberapa minggu lepas tu, saya rasa teringin nak pakai tudung labuh macam akak2 Insan yang lain,
tapi geramm je sebab tak tahu kat mana nk cari yang dah siap buat masa tu,
mostly orang buat sendiri,
Tiba2, ada rombongan ke Pesta Buku Selangor, dekat Shah Alam hari sabtu.
Saya pun join rombongan tu, seronok sangat, lepas tu sebelum balik singgah kompleks sebelah bangunan pesta buku tu, sekali, terjumpa tudung labuh warna hitam yang dah siap.
Walaupun time tu, duit memang cukup2 untuk belanja buat satu minggu, tapi disebabkan nak jugak,
saya beli jugak.
Dengan harapan, wang yang dibelanjakan ke jalan Allah itu, Allah akan murahkan rezeki.
Lepas tu call akak, mengadu takde duit sebab banyak belanja,
nak minta simpati la konon, ale2 sebenarnya minta tengking dengan akak,
akak marah sebab dah tahu takde duit tapi nak jugak beli benda,
sedihh je time tu,
lama kemudian, akak mesej,
"kin, bagi nombor akaun, angah masukkan duit"
hehe
senyum lebar sampai ke telinga time tu,
kan kan?? Nampak Allah permudahkan. Alhamdulillah,
lagipun, kakak mana tak kesian kat adik bongsu dia.
Love you Angah ^^
Malam tu ada aktiviti nak sediakan bahan bbq untuk AGM Insan pada esok hari tu,
malam tu saya mula pakai tudung labuh tu,
akak2 Insan semua galakkan saya pakai,
Subhanallah, tak terkata bila first time pakai, rasa selamat, dihormati oleh kaum Adam dan,
Allahuakbar, antara saya dan Allah je yang tahu.
Setelah banyak aktiviti yang dijalankan,
Ukhuwah yang terjalin makin akrab,
Ikatan ukhuwah yang dirasai antara sahabat-sahabat Insan berbeza dengan rakan-rakan yang lain,
bila berada disisi sahabat Insan, rasa tenang je..
*susah laa nak describe rasa sayang ni.huhu*
*susah laa nak describe rasa sayang ni.huhu*
Minggu lepas saya rasa tension sikit pasal Tesl, rasa sunyi dan nak bersendirian,
saya pun pergi ke wing masjid bahagian muslimat,
waktu tu malam, tempat tu berdekatan dengan tasik dan kawasan lapang,
rasa sejuk dan tenang,
dalam hati juga berbisik dan berharap agar ada seorang sahabat Insan menemani diri yang sunyi,
Alhamdulillah, Allah tahu apa yang diperlukan hamba-Nya,
Ukhti Farhana Ismail pun datang,
katanya ada meeting dan sambil tu dia nak buat assignment,
rasa sebak dan tenang sangat walaupun ukhti Ana tak tahu apa perasaan saya time tu,
cukuplah hanya ada sahabat disisi.
Lepas tu, akhi Syafiq tiba-tiba menjelma, tapi sekejap je sbb ada urusan dengan akak Ana,
dia bagi kata-kata semangat,
"Do your Best" katanya.
hakikatnya, dalam hati dah lama putus asa
:'(
This is why Insan's Family dan sahabat JPM means a lot to me,
mungkin bagi awak yang baca,
masalah saya ni biasa je,
tapi hanya Allah tahu apa yang saya lalui selama ni,
saya rasa sedih sangat sampai taktahu laa macam mana nak cakap, sebab saya akan tinggalkan sahabat Insan,
walaupun memang boleh jumpa lagi tapi saya tak pernah rasa berat hati untuk tinggalkan sahabat2 saya sampailah Allah temukan saya dengan sahabat Insan, dan biarlah saya tidak perlu cerita masalah lain dalam ni tetapi saya bersyukur kerana,
hakikatnya saya merupakan hamba Allah yang amatlah hina dan lemah tetapi terpilih diberi hidayah oleh Allah untuk berhijrah ke Jalan-Nya,
Semua ini bukan kebetulan, tapi telah ditentukan oleh Allah,
saya rasa sedih sangat sampai taktahu laa macam mana nak cakap, sebab saya akan tinggalkan sahabat Insan,
walaupun memang boleh jumpa lagi tapi saya tak pernah rasa berat hati untuk tinggalkan sahabat2 saya sampailah Allah temukan saya dengan sahabat Insan, dan biarlah saya tidak perlu cerita masalah lain dalam ni tetapi saya bersyukur kerana,
hakikatnya saya merupakan hamba Allah yang amatlah hina dan lemah tetapi terpilih diberi hidayah oleh Allah untuk berhijrah ke Jalan-Nya,
Semua ini bukan kebetulan, tapi telah ditentukan oleh Allah,
Mereka merupakan sahabat-sahabat yang sentiasa buat saya ingat pada Allah,
Jarang ada sahabat macam ni dalam hidup saya,
memang benar, Allah akan tarik sahabat2 yang membuat kita lupa pada-Nya dan sahabat yang tidak baik untuk kita,
Lalu menghadiahkan sahabat-sahabat yang betul-betul beri kita semangat, nasihat, sokongan, dan tidak jemu mendoakan kebahagiaan kita dengan harapan akan ukhuwah ini kekal hingga ke Syurga Allah :)
Sabda Rasulullah saw, "Tidak beriman seseorang itu, jika dia tidak menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri"
INSAN'S FOREVER UNTIL JANNAH,
INSYAALLAH
^_^ Sabda Rasulullah saw, "Tidak beriman seseorang itu, jika dia tidak menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri"

No comments:
Post a Comment